of xara

the ghost


[18] – sepenuh masa

Kadang tertanya, salahkah keputusan saya mahu menjadi penulis cerita sepenuh masa? Atau saya patut mula mencari sesuatu yang boleh dipanggil “makan gaji”?

Jujurnya, waktu saya tahu kontrak Pembantu Penyelidik takkan disambung lagi berikutan projek yang hampir siap (entah sudah terbit atau belum buku itu), saya gembira seperti akan bebas daripada penjara. Takkan disambung dan takkan diserap sebagai tetap. It’s ok. Saya sudah hilang hati mahu bekerja di tempat itu, tak seperti doa-doa yang sentiasa saya titip waktu mula-mula bekerja di situ, iaitu supaya saya diserapkan ke jawatan tetap dan dapat membeli kereta sendiri.

Rasanya sudah dua bulan berada di rumah. Waktu bulan puasa, saya menyelesaikan sedikit kerja terjemahan yang diberi bekas penyelia sebelum berhenti. Berulang-kali dia beritahu kawan baik saya, betapa dia rasa bersalah bila saya tak diserap. Diterima bekerja di situ atas pertolongan dia pun saya sudah cukup bersyukur.

Selesai sedikit kerja terjemahan, saya mula mendraf novel. Bukan kerja senang bila terperangkap dalam draf sinopsis bertahun-tahun yang berubah-ubah. Keseronokan yang menyeksakan, yang memualkan. Sisi perfectionist muncul dan mengganggu. Setiap hari, bangun daripada tidur dan menghadap laptop berjam-jam. Rutin sama setiap hari, dan masa berlalu terlalu cepat.

Saya memilih kerja. Sebab saya tahu personaliti saya bagaimana. Introvert dan tertekan kalau bekerja di kalangan orang. Tak suka peraturan 8-5 dan perkara mengarut serta politik di tempat kerja.  Saya mahu sesuatu yang merangsang dan membebaskan otak, jadi saya pilih untuk serius menulis cerita, untuk serius menjadi penulis sepenuh masa. Itu impian sejak saya kenal buku. Saya mahu buat sesuatu yang saya rasa gembira, yang buat saya rasa bernyawa, yang buat saya rasa tak ralat kalau saya mati.

Baru dua bulan tak bekerja. Gaji terakhir yang saya terima dua bulan lalu sudah habis. Cek terjemahan walaupun tak banyak, belum dapat lagi.

Teringat kata-kata Alan Watts, “What if money was no object?”

Kata-kata itu selalu buat saya tenang semula dan terus buat apa yang saya mahu.



2 responses to “[18] – sepenuh masa”

  1. I have the same thought as you, but not as a writer but a musician. Whatever you do, give the best you can and everything will come your way. 🙂

    1. Thank you, imn 🙂 I love your poems so much.

Leave a comment

About HER

A diarist. She served as an administrator of the Royal Navy and Member of Parliament in The Lost Planet of Earth. She had no administration experience, but rose to be the Chief Secretary to the Admiralty under the King of Nobody through scandals, betrayals, and her talent in gaslighting people.

September 2013
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
  • the night…mare?

  • 75% of 2023

  • suffocated

  • update

  • straighten up the chaos

  • of hateness

  • of why

  • dont want to wake up

  • por favor